"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

20 September, 2011

Dunia yang Sementara


bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi


Post with love <3

19 September, 2011

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah


Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

Doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

ERTI DAYUS


Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata :

Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? ,
berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) –
( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 

ERTI DAYUS


Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata :

Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? ,
berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) –
( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 

Contoh 1

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )


Dalam sebuah hadith lain pula :

 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

15 September, 2011

Suara Kecil Itu

Saban hari aku lihat,
Aku dengar,Aku igau,
Suara Kecil itu,
Bergelak, Menangis,
Kadang ia sepi, Kadang ia bangkit,
Kadang ia gembira Kadang ia terus pergi...

Lorong Gelap kian cerah,
dek kerana malam kian siang,
Hati yg gelap kian cerah,
dek krn hati makin dekat pd Dia,
Berbagai soalan dituju,
Berbagai jawapan diterima,
Hiba melirik sepi, tanda redha.
Tiba, suara kecil didengar,
Bersuaralah!
Hati jawab, untuk apa?
Biar mereka, mereka pasti senyap kemudian nanti.
Allah, Allah bisa faham, bisa melihat, Maha mengetahui

Pinjamkan aku senyuman itu,
Aku mahu senyum kembali,
Pinjam aku hati itu,
Aku mahu kembali bahagia,
Pinjam aku roda itu,
Aku mahu kembali ada roda dlm hidupku..

Suara kecil itu,
Semakin hampir tiap malam dalam tidurku,
Semakin lari, semakin ia hampir,
Tiap malam tidur teringat,
Tiap saat berdoa agar diampunkan,
Allah, bantu aku,
Ampuni aku yg banyak berbuat dosa..

Suara kecil itu,
Kian kuat kedengaran,
Aku buntu, malam tak lena, siang teraigau2..
Sepi memelukku,
Sedih mengikutku
Dosa mengikutku.

Hari ini jangan biar esok,
Aku belum puas, belum puas merudum alam,
belum puas berbicara dgn Alam.

Suara kecil itu...Siapa pemilik suara kecil itu...

Bila Bumi Memuntahkan Zatnya


Langit bumi jadi saksi setiap detik yang berlalu
Hitam putih gelap terang di alam dunia
Semua wajah kan diuji dengan sesuatu yang dicintai
Harta benda dan segalanya semua kan binasa
Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat
Maka dia tidak akan di balas melainkan sebanding dengan kejahatan itu
Dan barang siapa mengerjakan amal yang soleh baik lelaki mahupun perempuan
Sedang ia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk syurga
Mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab..

Monologue sepi Seketul Hati

Langit tak berhenti bilang hujan bakal turun,
hati sering bicara tak tahan,
Akal berdegil tak mahu dengar apa kata hati,
Hati dibiar mati, Sepi itu Indah.
Dia, dah tak mahu bicara dengan hati,
Kata dia, biar hati itu sepi,
Biar hati itu sedih, sebab dek kerna hati,
Dulu dia yg riang, kini jadi sepi..

Malam pasti ada akhirnya,
Gitu juga sepi,  Pasti akan berhenti menyepi,
Pergi, pujuk hati,
Bilang pada hati, aku butuh kamu..
Andai bisa diulang yg lepas, tak mungkin aku siksa hati jadi begini..

Dugaan datang tanpa Jemu


" bila Allah letakkan titik noktah kepada sesuatu dalam kehidupan kita, redha kan. relakan. bisikkan pada hati, belum tiba masanya lagi dan Allah telah pun merencanakan sesuatu yang jauh lebih indah buat ku "

Jangan berhenti untuk merintinh dan meminta dalam solatmu,
Jangan penat utntuk mengadu kepada Allah,
Jangan berhenti utntuk meminta,
Jangan lupe pada Nya saat dia menyempurnakan hidupmu..
Alhamdulillah ..

Kebaikan Bersujud


Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia. (burut)

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

13. Mengurangkan kegemukan

14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! Tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut

17. Terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

18. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

19. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal & menguatkan mentaliti seseorang.

20. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Maha Pengasih


seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya



Untuk hati yang belum pasti

Apa guna ada hati,
Jika sentiasa tak mengerti
Jangan bilang mimpi
Andai sendiri bimbang hadapi..

Jangan mendongak ke langit,
Andai kaki tidak berpijak di bumi,

Jangan dipilih yang sempurna,
Jika diri hanya mahukan nama,
Dia tahu usia semakin singkat,
Dia mahu syurga,
Dosa kian menjerat..
Antara aku dan kamu,
Bezanya cuma fahaman..

A day to be remember

Jangan bawa ia pergi,
kelak ada hati yg sepi..
Jangan biar ia mati,
Biarpun hati mengerti ia pasti..

Malam, Jangan biar ia kelam,
Bimbang sepi mengcengkam,
Pagi jangan biar ia suram,
Biar hati saja yg kelam.


14 September, 2011

Kesenangan yg Hanya Seketika

 
Alkisah, kelihatan serombongan musafir sedang asyik merentasi perjalanan di sebuah padang pasir yang luas terbentang saujana mata memandang. Di tengah perjalanan, didapati bekalan yang di bawa mereka sudah kehabisan. Akhirnya mereka sepakat untuk singgah di sebuah kebun yang terletak di perkampungan yang berdekatan di situ. Tidak semena-menanya salah seorang dari rombongan musafir tadi sempat meminta izin kepada pemilik kebun yang sedang asyik membersihkan kebun tersebut agar diperbolehkan serombongan musafir tadi untuk memetik buah-buahan di sekelilingnya.

Pemilik kebun itu lantas bertanya,"Adakan tuan-tuan hamba semua mempunyai wang untuk membelinya?".Lalu segera dijawab salah seorang musafir tadi dengan nada merayu, "Tidak ada seorang pun dari kami yang mempunyai wang kerana telah dipakai untuk membeli bekalan makanan sebelum ini. Tolonglah kami Tuan Kebun, perjalanan kami masih jauh, bekalan kami sudah kehabisan, kami harap Tuan Kebun bermurah hati terhadap kami".

Setelah melihat keadaan mereka, akhirnya pemilik kebun merasa kesian. Ia berkata, "Baiklah, saya persilakan tuan-tuan hamba semua masuk ke kebun dan diperbolehkan memetik apa pun dan sebanyak mana pun yang tuan-tuan hamba inginkan, tetapi dengan satu syarat, saya hanya memberi tempoh 20 minit sahaja. Setelah 20 minit tuan-tuan hamba semua hendaklah keluar dari sini". Lantas mereka menyahut, "Baiklah Tuan Kebun dan kami semua berterima kasih atas kemurahan hati tuan".

Mereka yang berjumlah 40 orang musafir tadi pun bergegas memasuki kebun tersebut. Kebun tersebut begitu luas, indah dan bersih. Ada tempat duduk yang redup di payungi daun-daun yang segar lagi menghijau. Wanggian bunga-bunga yang sungguh menyenangkan di tambah udara yang segar di sekelilingnya. Terdapat pula mata air yang tak putus-putus mengalir air yang jernih dan bersih lagi menyegarkan. Apa lagi terdapat taman-taman yang indah dan penuh pesona serta segala keindahan yang mengoda pandangan mata.

Sebahagian mereka melepaskan lelah dengan menikmati indahnya kebun, sebahagian lagi tidur untuk melepaskan penat di bawah pohon, sebahagian yang lain segera menuju ke pohon-pohon untuk memetik buah-buahan di sekelilingnya. Mereka yang sedang memetik buah-buahan lalu berkata kepada teman-teman mereka," Wahai teman-teman, bukan saatnya kita bersantai, perjalanan kita masih sangat jauh, kita hanya diberi tempoh 20 minit sahaja di sini. Ayohlah semuanya bergegas dan memetik buah-buahan sesuai yang diperlukannya nanti!"

Sebahagian mereka insaf dan mula sedar dari lamunan setelah mendengar seruan itu lalu segera memetik buah-buahan di sekilingnya. Sebahagian lagi begitu leka dan asyik dalam bersantai-santai sambil bermain-main di situ. Waktu terus berjalan dan tidak terasa sudah mendekati tempoh 20 minit. Untunglah mereka yang terus menerus memetik buah-buahan sudah memenuhi kantong-kantong bekalan masing-masing. Sedangkan mereka yang masih santai dan main-main masih belum sempat memetik apa-apa pun. Manakala sebahagian yang insaf dan mula sedar dari lamunan tadi hanya sempat memetik 5 minit sahaja sebelum tamat tempoh 20 minit tersebut, sehingga mereka hanya mampu mengumpul sedikit bekalan di dalam kantong masing-masing.

Akhirnya ketika waktu telah sampai 20 minit, mahu tak mahu mereka terpaksa keluar dari situ. Sungguh beruntunglah mereka yang telah mengumpulkan banyak bekalan, dan sangat rugilah mereka yang menghabiskan waktunya untuk bersantai-santai dan bermain-main, sehingga menjadi cukup sengsara dalam perjalanan berikutnya. Mereka kehausan dan kelaparan di tengah padang pasir yang luas dan panas, sehingga sebahagian mereka menemui ajal.

Begitu perumpamaannya kehidupan yang kita jalani di dunia ini dengan kisah perjalanan serombongan musafir tadi. Sesungguhnya keberadaan kita di atas dunia hanyalah sesaat yang mempunyai tujuan yang mulia iaitu mengenal dan mengabdikan sepenuhnya kepada Allah SWT. Untunglah bagi mereka yang mengetahui dan sedar akan tujuan hidup ini, tidak akan terlena dengan kesenangan sesaat yang mempersonakan lagi memperdayakan. Mereka selalu menyibukkan diri dengan beramal saleh, membuat kerja-kerja dakwah, kerja-kerja kebajikan (sukarelawaan) dengan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran (tabah,tekun) sebagai bekalan mereka di akhirat nanti. Mereka rela meninggalkan kesenangan yang sesaat agar dapat meraih kenikmatan yang abadi. Mereka gunakan sesaat (umur) untuk pada jalan Allah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta kembali kepada Allah dengan hati yang salim, amal saleh yang berlimpah, dan iman yang tidak bercampur dengan syirik.

Tapi malangnya terlalu ramai manusia yang lupa, lalai, terlena dan bahkan telah mengabaikan tujuan ini, sehingga mereka itu terlalu sibuk sekali dengan dunia, lupa pada akhirat. Lupa pada suatu saat nanti mereka akan keluar dan meninggalkan dunia ini nanti. Kematian akan datang dengan tiba-tiba dan memisahkan mereka dengan segala kesenangan yang ada. Yang ketika itu tidak berguna lagi harta yang banyak, anak-anak yang menawan, isteri yang cantik, jawatan yang tinggi, populariti dan sebagainya. Mereka inilah termasuk golongan orang yang pemalas, suka bersantai, suka bersenang-senang, berangan-angan, lalai, gila populariti (bermuka-muka), menjadi budak nafsu dan pengikut setan.

Oleh yang demikian Allah SWT selaku pencipta kehidupan dunia ini telah memperjelaskan dalam Al-Quran tentang hakikat kehidupan dunia sebagaimana firman-Nya : "Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya yang mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menjadi kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan keampunan dari Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (QS Al-hadid {57}:20)

Selain itu Allah SWT juga berfirman " Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita,anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (surga)".(QS Al-Imran {3}:14)

Juga pada ayat yang lain Allah SWT berfirman : "Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurauan dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan,kalau mereka mengetahui". (QS Al-An-kabut {29}:64).

Begitu juga terdapat hadis-hadis nabi yang menceritakan perihal kehidupan dunia ini di antaranya :

Dari Anas ra.bahawasanya Nabi SAW bersabda :"Ya Allah tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat".(Muttafaq Alaih)

Dan juga dari Al-Mustawrid bin Syidad Rasulullah bersabda, "Tidaklah kehidupan dunia dibandingkan akhirat seperti seseorang memasukkan satu jarinya ke dalam samudra yang luas, maka lihatlah apa yang tersisa (setelah ia angkat jari itu)".(HR Muslim).

Sabda baginda lagi, "Dunia ini adalah penjara orang mukmin dan surga bagi orang kafir". (HR Muslim).

Kemudian sabda baginda kepada Ibnu Umar, "Hiduplah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang melalui sebatang jalan".(HR Bhukari).

Sesungguhnya terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah yang menerangkan hakikat kehidupan dunia dan bahawasanya kehidupan akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, yang di sana ada kenikmatan yang kekal dan kesengsaraan yang abadi. Waktu yang kita miliki di dunia ini hanyalah beberapa saat. Maka jadilah ia suatu ketaatan dalam beramal saleh, berdakwah ke jalan Allah dan membuat kerja-kerja kebajikan (sukarelawan) sebagai membawa bekalan untuk perjalanan yang lebih jauh lagi, kerana dalam perjalanan setelah kehidupan dunia nanti setiap orang akan bertanggungjawab untuk keselamatan dirinya. Bagi yang banyak membawa bekalan amal saleh ia akan selamat, ada pun mereka yang tidak ada bekal maka ia akan sengsara.Semoga Karya Seri Teladan Kreatif mampu menjadi renungan kita bersama,amin. Wassalam Warah Matullahi Barakatuh.

Adab Bersyukur dgn Nikmat Allah


Syukur (Ar:asy-syukr = ucapan, perbuatan, dan sikap terima kasih atau al-hamd; pujian). Dalam ilmu tasawuf : ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada Allah SWT dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya.

Nikmat yang diberikan Allah SWT kepada manusia sangat banyak dan bentuknya bermacam-macam. Setiap detik yang dilalui manusia dalam hidupnya tidak pernah lepas dari nikmat Allah SWT. Nikmatnya sangat besar dan banyak sehingga bagaimanapun juga manusia tidak akan menghitungnya (QS.16:18). Sejak manusia lahir ke dunia dalam keadaan tidak tahu apa-apa, kemudian diberi Allah pendengaran, penglihatan, dan hati (QS.16:78) sampai meninggal dunia menghadap Allah SWT di akhirat kelak ia tidak akan lepas dari nikmat Allah SWT.

Secara garis besar nikmat itu dapat dibahagi dua, iaitu (A) nikmat yang menjadi tujuan dan (B) nikmat yang menjadi alat untuk mencapai tujuan. Nikmat dan tujuan utama (A) yang ingin dicapai oleh umat Islam ialah kebahagian di akhirat. Adapun ciri-ciri nikmat ini adalah: (1) kekal, (2) diliputi oleh kebahagian dan kesenangan, (3) sesuatu yang mungkin dapat dicapai, dan (4) dapat memenuhi segala kebutuhan manusia. Sedangkan nikmat yang kedua (B) meliputi: (1) kebersihan jiwa dalam bentuk iman dan akhlak yang mulia; (2)"kelebihan tubuh", seperti kesihatan dan kekuatan; (3) hal-hal yang membawa kesenangan jasmani, seperti harta, kekuasaan, dan keluarga; dan (4) hal-hal yang membawa sifat-sifat keutamaan, seperti hidayat, petunjuk, pertolongan dan lindungan Allah SWT.

Menurut Imam al-Ghazali, syukur merupakan salah satu makam (darjat/stage) yang paling tinggi dari sabar, khauf (takut) kepada Allah SWT, dan lain-lain. Adapun kesyukuran itu merupakan makam yang mulia dan pangkat yang tinggi sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud dalam surah al-Nahl:114, "Dan bersyukurlah nikmat Allah, jika kamu memang hanya menyembah kepada-Nya sahaja".

Cara bersyukur kepada Allah ada tiga: (1) bersyukur dengan hati, iaitu mengakui dan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat yang diperolehi berasal dari Allah SWT dan tiada seseorang pun selain Allah SWT yang dapat memberikan nikmat itu; (2) bersyukur dengan lidah, iaitu mengucapkan secara jelas ungkapan rasa syukur itu dengan kalimah al-hamd li Allah (segala puji bagi Allah); dan (3) bersyukur dengan amal perbuatan, iaitu mengamalkan anggota tubuh untuk hal-hal yang baik dan memanfaatkan nikmat itu sesuai dengan ajaran agama.Yang dimaksud dengan mengamalkan anggota tubuh ialah menggunakan anggota tubuh itu untuk melakukan hal-hal yang positif dan diridai Allah SWT, sebagai perwujudan dari rasa syukur tersebut.

Misalnya, jika seseorang memperolehi nikmat harta benda, maka ia mempergunakan harta itu sesuai dengan jalan Allah SWT. Jika nikmat yang diperolehinya berupa ilmu pengetahuan, ia akan memanfaatkan ilmu itu untuk keselamatan, kebahagian, dan kesejahteraan manusia dan diajarkan ilmunya kepada orang lain; bukan sebaliknya, ilmu yang diperolehi digunakan untuk membinasakan dan menghancurkan kehidupan manusia. Wujud dari syukur kepada Allah SWT yang nyata ialah melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah SWT.

Untuk anggota tubuh, misalnya, Imam Ghazali menegaskan bahawa mensyukuri anggota tubuh yang diberikan Allah SWT meliputi tujuh anggota yang penting, iaitu (1) Mata, mensyukuri nikmat ini dengan tidak mempergunakannya untuk melihat hal-hal yang maksiat; (2) telinga, digunakan hanya untuk mendengarkan hal-hal yang baik dan tidak mempergunakannya untuk hal-hal yang tidak boleh didengar; (3) lidah, dengan banyak mengucapkan zikir, mengucapkan puji-pujian kepada Allah SWT, dan mengungkapkan nikmat-nikmat yang diberikan Tuhan sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah ad-Duha ayat 11 yang bermaksud " Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)" ; (4) tangan, digunakan untuk melakukan kebaikan-kebaikan terutama untuk diri sendiri, mahupun untuk orang lain, dan tidak mempergunakannya untuk melakukan hal-hal yang haram; (5) perut, dipakai hanya untuk memakan makanan yang halal/baik dan tidak berlebih-lebihan (mubazir). Makanan itu dimakan sekadar untuk menguatkan tubuh terutama untuk beribadat kepada Allah SWT; (6) kemaluan (seksual), untuk dipergunakan di jalan yang diridai Allah SWT (hanya bagi suami istri) dan disertai niat memelihara diri dari perbuatan yang haram; (7) kaki, digunakan untuk berjalan ke tempat-tempat yang baik, seperti ke masjid, naik haji ke Baitullah (Ka'bah), mencari rezeki yang halal, dan menolong sesama umat manusia.

Di samping hal-hal tersebut, syukur kepada Allah SWT dilakukan pula dalam bentuk sujud syukur setelah seseorang mendapat nikmat dalam bentuk apa sahaja, mahupun kerana lulus dari musibah dan bencana. Sujud ini hanya dilakukan sekali dan di luar sembahyang. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud disebutkan: " Apabila Nabi Muhammad SWT memperolehi sesuatu yang menggembirakan, baginda tunduk bersujud kerana Allah SWT."

Bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberikan-Nya merupakan kewajiban manusia, baik dilihat dari sudut fitrahnya, mahupun berdasarkan nas syarak atau hukum Islam (Al-Qur'an dan hadis). Manfaat yang diperolehi dari tindakan bersyukur itu sebenarnya dirasakan oleh manusia yang bersangkutan, antara lain untuk mengekalkan nikmat yang ada dan menambahkan nikmat lain yang berlimpah luah. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah ibrahim ayat 7 yang bermaksud "....Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu dan jika kamu ingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." Maksudnya, apabila orang bersyukur atas nikmat Allah SWT, maka akan diberikan-Nya tambahan nikmat. Sebaliknya, orang yang tidak mahu bersyukur (kufur nikmat) akan mendapat siksa yang pedih.

Sayugialah hendaknya, setiap manusia tidak melihat kesenangan orang lain yang telah dikurniakan-Nya dalam segala macam kenikmatan dengan pandangan irihati dan kagum, kerana itu akan menyebabkan manusia tersebut menghina nikmat Allah yang diterimanya serta memperkecilkan kurnia itu. Sepatutnya manusia tidak terlalai untuk mensyukuri nikmat Allah terhadapnya. Hal ini mungkin menyebabkan nikmat-nikmat itu dicabut oleh Allah SWT serta dipindahkan dari dirinya. Itulah semua adalah timbul dari sikap tidak bersyukur terhadap nikmat dan tiada mengapa adab dan tertib kepada Tuhannya.

Sebaiknya, hendaklah manusia redha terhadap bahagian yang telah ditentukan Allah bagi dirinya, serta tidak lupa mensyukuri segala nikmat-nikmat yang dikurniakan untuknya. Sesudah itu, pohonlah tambahan dari kurnia-kurnia Tuhan itu sebanyak yang perlu, kerana perbendaharaan langgit dan bumi itu adalah dalam genggaman Allah SWT, dan segala rezeki sesuatu ada di dalam tangan-Nya, Dia menggerakkan setiap sesuatu menurut kehendak-Nya sendiri, sedangkan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Mudah-mudahan ianya menjadi renungan kita bersama dalam mensyukuri segala kurnia-Nya dan menjadikan kita termasuk golongan manusia yang bersyukur atas rezeki dan kelebihan yang dianugerahkan ke atasnya,amin rabbal-alamin.

Istimewanya Memberi Salam Dalam Islam


ASSALAMUALAIKUM (Ar : as-salamu 'alaikum = mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu). Merupakan suatu doa yang diucapkan oleh seseorang mukmin untuk orang mukmin lainnya yang dijumpai atau ditinggalkan (berpisah) yang mengandung permintaan ke hadrat Allah SWT agar orang yang dijumpai atau ditinggalkan tadi diberi keselamatan oleh Allah SWT. Istilah ini juga biasa disebut dengan istilah salam. Kata salam yang bermaksud selamat, sejahtera, aman, dan sentosa itu merupakan kata dasar (masdar) dari kata kerja salima-yaslamu yang masih serumpun dengan kata Islam (aslama-yuslimu).

Dalam Al-Qur'an terdapat sekitar 146 kata salam, baik dalam bentuk kata kerja mahupun kata benda, yang tersebar di beberapa surah dan ayat. Di antaranya ialah : salamun 'alaikum (QS.6:54), fa sallimu (QS.24:61), dan wa as-salamu (QS.20:47).

Menurut hadis Nabi SAW dari Ibnu Mas'ud, as-salam adalah salah satu nama dari nama-nama Allah SWT dan diperintahkan untuk disebarluaskan agar orang yang menerimanya mendapatkan keselamatan dan kesejahteraan dari Zat as-salam (Yang Maha Sejahtera). Menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim, bunyi salam yang diajarkan oleh Allah SWT kepada Nabi Adam AS agar disampaikan kepada para malaikat adalah "assalamualaikum". Para malaikat menjawab "as-salamu 'alaika wa rahmat Allah (semoga Allah memberikan keselamatan, kesejahteraan dan rahmat-Nya kepadamu)."

Menurut hadis, bunyi kalimat salam ada tiga macam, iaitu (1) pendek, (2) sedang, dan (3) panjang. Ketiga salam itu adalah (1) assalamualaikum (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu),(2) as-salamu 'alaikum wa rahmat Allah (semoga Allah memberikan keselamatan, kesejahteraan dan rahmat-Nya kepadamu), dan (3) as-salamu 'alaikum wa rahmat Allah wa barakatuh (semoga Allah memberikan keselamatan dan melimpahkan rahmat dan berkah-Nya ke atasmu). Semakin panjang bacaannya, semakin banyak pula pahala yang didapatkan (HR. Abu Dawud dan at-Tarmizi).

Para ulama sependapat bahawa hukum memberi salam adalah sunah mu'akkad (sunah yang diutamakan), yang pahalanya lebih besar daripada sunah biasa. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT dalam surah al-An'am ayat 54 yang bermaksud: "Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah salamun 'alaikum (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu)..."

Hukum menjawab salam adalah wajib. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 86 yang bermaksud : "Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah selalu membuat perhitungan atas tiap-tiap sesuatu."

Seseorang mukmin yang tidak mengucapkan salam ketika berjumpa dengan orang mukmin lainnya, tatkala masuk ke rumah atau ketika meninggalkannya dipandang belum memenuhi tata cara ajaran Islam. Walaupun perbuatan tidak memberi salam itu tidak sampai mendatangkan dosa, tetapi orang yang mengabaikannya itu termasuk orang yang perlu diingatkan. Dalam suatu hadis diriwayatkan bahawa pernah terjadi seseorang sahabat Rasulullah SAW bernama Kildah bin Hanbali berkunjung ke rumah Nabi SAW tanpa mengucapkan salam. Rasulullah SAW menegurnya dengan berkata: "Kembalilah, dan ucapkan salam lebih dahulu dan kemudian tanyakan apa boleh masuk langsung ke dalam rumah" (HR. at-Tirmizi).

Tata cara memberi salam antara satu orang atau kelompok orang mukmin lainnya diatur dalam hadis Nabi SAW dari Abu Hurairah RA. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hendaklah (terlebih dahulu) memberi salam : (1) orang muda terhadap yang lebih tua, (2) orang yang berjalan terhadap orang yang duduk, (3) orang yang jumlahnya sedikit kepada orang yang ramai, dan (4) orang yang naik kenderaan kepada orang yang berjalan kaki (hadis muttafaq 'alaih). Dalam hadis riwayat Ahmad dan al-Baihaki dari Ali bin Abi Talib RA dikatakan bahawa Rasullullah SAW bersabda : "Sekelompok orang bila lalu cukup satu orang sahaja yang memberi salam, dan satu orang sahaja yang menjawab."

Ucapan assalamualaikum itu pada dasarnya hanya diperuntukkan bagi orang mukmin (muslim). Menurut sebahagian ulama, salam tidak diperbolehkan ditujukan kepada orang non-Islam, terutama Yahudi dan Nasrani. Hal ini berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah. Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu mulai memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani." Selain itu dalam sahihain (hadis sahih menurut Bukhari dan Muslim) yang diangkat dari Anas dikatakan: Apabila ahli kitab memberi salam kepadamu, maka katakanlah : dan atas kamu".

Dalam sejarah, Rasulullah SAW juga tidak pernah menyampaikan ucapan salam kepada orang non-muslim. Dalam surat-surat yang dikirimkan kepada raja-raja negara tetangganya untuk mengajak mereka memeluk Islam, dalam pembukaan surat Nabi SAW selalu menggunakan kata salamun 'ala man ittaba'a al-huda (keselamatan semoga dilimpahkan kepada orang yang mengikuti petunjuk)-HR Bukhari dan Muslim.

Adapun saat-saat yang tepat untuk menyampaikan salam kepada orang atau kelompok orang lain adalah sebagai berikut: (1) pada saat terjadi pertemuan, (2) pada saat memasuki dan meninggalkan majlis pertemuan, (3) pada saat hendak masuk ke rumah, (4) pada saat hendak masuk ke perkuburan, dan (5) pada saat hendak menjumpai isteri untuk melakukan hubungan badan (jimak). Pada saat mahu memasuki rumah orang lain (yang bukan miliknya), seseorang mukmin mesti mengucapkan salam dan mendapatkan izin dari pemiliknya terlebih dahulu sebelum masuk. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT yang bermaksud :"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.."(QS.24:27).

Mudah-mudah ianya menjadi renungan kita bersama bagaimana tata cara yang betul ketika hendak berintraksi sesama muslim dengan mengetahui tentang keistimewaan tata cara ucapan salam sebagaimana yang diajarkan Al-Qur'an dan hadis. Memandangkan situasi dan kondisi keistimewaan ucapan salam sering tidak dihayati dan silap dipraktikkan sebagaimana semestinya dalam pertemuan seharian sesama muslim yang menimbulkan budaya yang cukup liar kerana tidak tahu tata cara keistimewaan ucapan salam dan sering terlepas pandang apa yang digariskan oleh ajaran Islam yang unik tersebut, amin.Wasalam warah matullah wabarakatuh

07 September, 2011

A Gift Somehow


A father is someone that
holds your hand at the fair
makes sure you do what your mother says
holds back your hair when yor are sick
brushes that hair when it is tangled because mother is too busy
lets you eat ice cream for breakfeast
but only when mother is away
he walks you down the aisle
and tells you everythings gonna be ok!


A dad is someone who
-is a daughter's first love
-will be there for you no matter how bad of a mistake you've made
-will stand up for you when you need him
-will give you their hugs and shoulders to cry on
-promises you that you will always be his little girl
-loves you so much and will sacrifice whatever it is to make you happy again
A father is supposed to be the one man who will never give up one you ...


~~NORDIN BIN ISHAK~~

Relaxing, Take a deep breath somehow!


"There is more to life than increasing its speed." Gandhi

"Get your rest. Slow down." Yasmeen Abdur-Rahman from Recognize the Early Signs of Burnout

"The time to relax is when you don't have time for it." Sydney J. Harris

"The man who doesn't relax and hoot a few hoots voluntarily, now and then, is in great danger of hooting hoots and standing on his head for the edification of the pathologist and trained nurse, a little later on." Elbert Hubbard

"Rest is a good thing, but boredom is its brother." Voltaire
"Show me a worrying person and I will show you a person who does not know how to relax." Albert E. Cliffe

"No matter how much pressure you feel at work, if you could find ways to relax for at least five minutes every hour, you'd be more productive." Dr. Joyce Brothers

"Work is man's most natural form of relaxation." Dagobert D. Runes

"For fast-acting relief try slowing down." Lily Tomlin

"He enjoys true leisure who has time to improve his soul's estate." Henry David Thoreau

"Take rest; a field that has rested gives a bountiful crop." Ovid

"Sometimes it's important to work for that pot of gold. But other times it's essential to take time off and to make sure that your most important decision in the day simply consists of choosing which color to slide down on the rainbow." Douglas Pagels

"Never lose sight of this important truth, that no one can be truly great until he has gained a knowledge of himself, a knowledge which can only be acquired by occasional retirement." Johann Georg von Zimmermann

"Every now and then go away, have a little relaxation, for when you come back to your work your judgment will be surer. Go some distance away because then the work appears smaller and more of it can be taken in at a glance and a lack of harmony and proportion is more readily seen." Leonardo Da Vinci

At point

Do you know what's hard about being too strong? 
Nobody might care to ask if u are hurt.

Done, cerita minggu ni sgt best...!
Foremost conclusion i could make is sgt best bile org yg kite nak sgt marah ade depa mata and the best part is i can maki direct to his damn face!

Anyway: Noted to him: u're nothing to me okey?