"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

26 May, 2013

Cute text

Just want to say..sometimes otherhalf is kind of romantic. .

22 May, 2013

Meruntun hati

Wanita tidak pernah menuntut banyak, kecuali pengertian...
Kadang wanita terlihat manja, banyak maunya, atau mungkin dimata seorang lelaki wanita hanyalah makhluk yang menyusahkan....Tapi,,,
Ketahuilah, ,,,Wanita masih tetap berdiri tegar, meski sang lelaki telah menghantamnya dengan banyak rasa sakit yang mendera.
Wanita masih seperti orang yang sama ketika lelaki berusaha pergi dan menghindar, lantas datang kembali membawa rasa.
Meski wanita terlihat tidak peduli,,,,Meski wanita terlihat mengacuhkan,,,Tapi percayalah,,,,Jauh dilubuk hatinya, wanita punya sejuta Do'a untuk sang lelaki....

Muhasabah Diri..

Bila kita memulakan sesuatu...Kadang2 kita lupa letakkan niat
Kadang2 kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,Kita cepat menyerah...
Bila kita berniat...Kadang2 kita lupa letakkan usaha,Kadang2 kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,Kita mula angkat kaki...
Bila kita berusaha...Kadang2 lupa pula hendak berdoa,Siang malam kerah tenaga dan masa...Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,Kita mudah putus asa...
Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...Kadang2 kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.Sebab tu bila dilanda masalah,Kita marah tak tentu hala...
Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...Kadang2 kita tetap alpa,Nak sebut Alhamdulillah pun payah,Berdoa pun sekali sekala,Bersyukur sekejap cuma..Sebab tu bila kita berjaya,Allah datangkan ujian dan musibah...Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..Membenci diri memusuhi nadi.Sedangkan...Kita manusia ciptaan Allah,Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,Senang, susah, sedih, gembira...Allah sentiasa ada pada langkah kita.Tapi sememangnya lahiriah kita,Kadang2 lebih suka dipuji,Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,Kadang2 lebih suka dicintai,Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,Kadang2 kita lebih suka menyendiri,Tapi lupa Allah sedang memerhati... Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha..Pada ujian harus tabah dan teguh,
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..Sama tetapi tidak serupa,Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sanaKekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...Di sana itulah yang perlu kita kejar,Agar dunia mengikuti dengan redha...

10 Perangkap SYAITAN...

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu: 

1. Melalui sifat bohong dan angkuh Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. 

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. 

3. Melalui sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23) 

4. Sifat khianat Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. 

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain. 

6. Melalui sifat hasadPerasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim). 

8. Melalui sifat ujub atau bangga diriMenurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) 

9. Melalui sifat suka berangan-angan Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya. 

10. Melalui sifat buruk sangka Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

20 May, 2013

Fadhilat Puasa Muharram

Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.: .

1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda:“Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim).

2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa padahari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahunmelakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas).

3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”  (Hadis Sahih).

4.  Sabda Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasatiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat danSabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberipahala seperti beribadat 900 tahun.”  (Hadis Sahih).

5.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagisetahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim). .

6.  Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim).

7.  Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)

19 May, 2013

KELEBIHAN NIKAH


saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allahhurabbi..SERONOKNYA.

Khabar gembira untuk mereka yg sabar..

1.Sabar diletakkan sebelum Solat di dalam firman Allah SWT:"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah 2:40) 

2. Sabar disebut di dalam Al-Quran lebih dari 70 kali. Antaranya:"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Ali Imran 3: 200) 

3. Sumber kesabaran adalah Iman dan Taufiq daripada Allah. Ia tidak mungkin hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata. Firman Allah:"Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah." (An-Nahl 16: 127) 

4. Sabar juga menjadi nasihat utama yang diberikan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya ketika menyebut tentang kewajipan solat serta mengerjakan al-amr bil ma'ruf wa an-nahy 'an al-munkar. Firman Allah:"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Luqman 31: 17) 

5. Allah juga memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Firmannya:"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Al-Baqarah 2: 155-157) 

6. Mereka yang kehilangan sesuatu kerana sabar, dijanjikan Allah dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik."Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan"(An-Nahl 16: 96) 

7. Perbuatan-perbuatan baik yang lain, Allah janjikan balasan tertentu untuknya. Akan tetapi, ganjaran sabar tidak Allah tentukan bahkan kepada kadar yang tidak mungkin dapat dihitung."Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10) 

8. Rasulullah SAW menyifatkan sabar sebagai Dhay iaitu sumber cahaya. Ertinya, sabar itu adalah sumber kepada kebaikan-kebaikan yang lain.

9. Kerana sifat sabar, Allah SWT menjadikan segala urusan orang-orang yang beriman itu baik. Rasulullah SAW bersabda:"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Muslim)

10. Sesungguhnya bala bencana yang ditimpakan Allah ke atas seorang mukmin adalah tanda bahawa Allah menginginkan kebaikan untuknya. Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Al-Bukhari)"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian.
Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah.

Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (At-Tirmizi & Ibn Majah)

11. Sebahagian daripada sahabat Nabi RA pernah menyebut "Sesungguhnya kami tidak menganggap iman seorang lelaki itu sebagai iman yang sebenar jika beliau tidak bersabar apabila ditimpa ujian."

12. Sabar mestilah ditangani dengan perasaan tenteram tidak 'melatah' dengan ujian yang datang. Lihat contoh kisah Ibu Musa AS semasa anaknya yang dihanyutkan itu, ditemui di dalam istana Firaun. Firman Allah SWT:"Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong (dari sebarang ingatan kerana mengenangkan anaknya). Sesungguhnya nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)." (Al-Qasas 28: 10)

13. Sifat sabar adalah sifat yang menjadikan Para Rasul yang Ulul-Azm berbeza martabatnya di sisi Allah berbanding dengan Nabi-nabi dan Rasul yang lain. Mereka adalah Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad SAW.

14. Sabar terbahagi kepada :Sabar di dalam mengerjakan ibadatSabar di dalam meninggalkan maksiatSabar di dalam menikmati pemberianSabar di dalam menghadapi musibah
15. Kesimpulan: Sabar adalah sifat utama orang mukmin. Ia punca kepada kebaikan yang lain. Sabar tidak terhasil melainkan dengan latihan dan ketekunan. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada kita..ameen..

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:"Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifatsombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)Wassalam

18 May, 2013

Aku suka bait2 ayat ini. ♥

Bila seseorang berubah ke arah kebaikan..kita patut sokong dia....
Bukan mengungkit masa lampau dia.. Kita tak kan pernah tau yang dia sedang cuba sedaya upaya untuk lupakan kisah lalu nya.. ♥♥

Aku juga tak lari dari masa lampau yang aku sendiri benci..
Sentiasa cuba untuk melupakan apa yg pernah terjadi..apa yg pernah berlaku..

Kita takkan pernah rasa keadaan berada di tempat org yg merasai..Allah sedang menguji kita..Dia nak tengok kita sabar atau tidak dalam menempuh dugaan ini..

Sabar lah wahai hati..cuaca tak selalu mendung..cerah pasti kunjung tiba..kau dah cukup kuat wahai hati.. Allah takkan timpakan ujian pada hamba Nya jika hamba Nya tidak mampu..

Inshallah. ..

Syarat sang suami...

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.''
Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"
Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"

Dengus teman wanita yang lain.Betul juga ya?
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

La Tahzan , sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar

Dunia ini penuh dengan cobaan dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan. Jika hari ini kita susah, usah bersedih  kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita.
Jangan kita memandang orang yang berada di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa karena terlalu menginginkan hidup yang mewah. Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah karena ia akan menjadikan kita lebih bersyukur karena kehidupan kita lebih baik dari orang lain.Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya.
Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.Anggap musibah yang melanda sebagai ujian karena Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya. 
Allah S.W.T berfirman :"Dan sungguh akan kami  berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)
Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan ridho. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa. Mungkin selama ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diridhoi.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin. Firman Allah S.W.T :"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda karena apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan karena dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah sendirian dalam kehidupan ini karena Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir.Ikhlaskan hati dan ridho dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu
TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.
Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi waktu yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti berzikir, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus.
Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur. 
Semoga kita termasuk orang-orang yang sabar..Insya Allah........

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI1.

Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang & sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Dedicated to both my hero and my queen ever..

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”. 
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.Tetapi..

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir2 kan lah..sayangi dan bahagiakan mereka selagi mereka masih ada..

Pembuka 2013..

Assalamualaikum,  lupa sangat nak welcome 2013 .. Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk terus beramal kepada perintah Nya.. Sesungguhnya aku insan yg lemah dan masih tercari2 akan keredhaan mu.. Jangan la engkau pesongkan hati ku ke arah kegelapan...bimbinglah ku ke arah jalan mu Ya Allah..

'Ya Allah, cahaya kemerahan itu (pada matahari) menandakan siang akan menutupi tirainya. Malam akan menjelma. Engkau menjadikan malam itu ditemani kegelapan. Aku bermohon kepadaMu ya Allah, janganlah Engkau gelapkan hatiku sepertimana kegelapan pada malam, sehinggakan aku lalai dari mengingatiMu (bangun malam untuk beribadah)'.

Setiap manusia rezeki nya masing2..

Disebuah ruangan rumah sakit ada 2 katil.. Katil yang satu dekat dengan jendela & yg satu lagi jauh dari jendela. Setiap hari gadis yg terbujur lemah yg berada dikatil dekat jendela menceritakan apa yg ia lihat pada pemuda yg terbaring di katil satunya.“Apa yg kau lihat hari ini?” Kata pemuda itu, Gadis itu menjawab” diluar ada anak kecil berlari riang sedang bermain dengan anjing kesayangannya, ada gemerlap lampu-lampu taman yang indah, ada pemuda gagah & pasangannya sedang bersantai ditaman & banyak angsa-angsa dikolam. Dengan riangnya sang gadis bercerita.Hari demi hari pemuda itu bertanya dan gadis itu terus menceritakan apa yang dia lihat diluar jendela sampai akhirnya pada suatu malam gadis itu mengalami sesak nafas, pemuda itu boleh saja membantu gadis itu dengan menekan bell agar nurse datang, tapi dibiarkan. Dalam hatinya “ini kesempatanku untuk pindah ke katil sebelah dekat jendela jika gadis itu mati jadi boleh lihat pemandangan luar”
Keesokan harinya gadis itu meninggal&pemuda itu berkata ke nurse “aku hendak pindah ke katil dekat jendela. Setelah mendapatkan apa yg diinginkannya, dgn riangnya pemuda itu melongok ke jendela. Namun apa yg dilihatnya? Hanya “dinding tembok”
Seringkali kita merasa diri tidak bahagia & selalu melihat kebahagiaan orang lain. Suka berandai-andai. Andai aku punya istri yg cantik, andai aku punya suami yang sempurna, andai aku bisa kaya, andai aku punya penghasilan banyak, punya jabatan, punya keluarga& orang tua yg baik, punya kereta bagus. Andai dan andai.. Selalu memikirkan & menginginkan apa yg orang lain miliki.Saudaraku, setiap orang punya kesusahan masing-2. Orang yg bahagia adalah orang yg selalu melihat hidup ini indah, berpikir positif walaupun cuma tembok di depan mata tapi yg dia liat adalah visinya & selalu ceria melewati hidup.. Bersyukur masih diberi kehidupan& mau membagikan semua keceriaannya kepada orang lain.Setiap orang punya cerita indahnya masing-2,Nikmatilah hidupmu & nikmatilah ceritamu sambil bersyukur & bertaubat pada Allah subhanahu wata'ala... ~@

17 May, 2013

Kursus PRA-PERKAHWINAN..

Taaaraaaaa!!! Look what i've found here!

Yes next month planning nak pergi dengan other half :) wink2!

xoxo, Lia :)