"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

29 July, 2011

Bacaan² solat dalam bacaan rumi

Nak kongsi sedikit bacaan solat dalam bahasa rumi, kerna ada yang malu hendak bertanya atau ada yang tidak tahu baca jawi, selepas anda hafal ayat tersebut, hendaklah anda bertanya pada yang arif sama ada bacaan anda tepat atau tidak..sekurang²nya dapat juga membantu pada yang ingin berubah..yang ingin ambil tahu…ilmu DIA itu maha luas kan? Kepada ahli ibadah, jangan takut untuk mencari apa yang anda inginkan, pasti DIA akan membantu anda jika anda ikhlas mencari sesuatu ilmu….yakinlah DIA maha pengasih, maha penyayang, maha kuasa atas segala sesuatu…di sini disertakan beberapa tajuk..

1)      Bacaan Azan.
2)      Bacaan Iqamat.
3)      Doa selepas azan.
4)      Doa Iftitah.
5)      Bacaan dalam ru'kuk.
6)      Bacaan iktidal.
7)      Bacaan dalam sujud.
8)      Bacaan duduk antara dua sujud.
9)      Bacaan tahiyat awal.
10)  Bacaan tahiyat akhir.
11)  Bacaan doa qunut.
12)  Wirid selepas solat.
13)  Doa selepas solat.

Mudah²an anda dapat sedikit ilmu dari apa yang putra catatkan dan panjangkanlah pada yang lain..Moga DIA memberi ilham pada anda....

Doa Iftitah dalam bacaan rumi.

ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA. WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMA-WATI WAL-ARDHA HANIFAM-MUSLIMAW-WAMA ANA MINAL-MUSYRIKIN. INNA SALATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL-'ALAMIN. LA SYARIKALAHU WABIZA-LIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN.

ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam.

Doa selepas azan dalam bacaan rumi.

ALLAHUMMA RABBA HAZIHID DA'WATIT-TAMMAH. WASSALATIL QA-IMAH. A-TI SAIYIDANA MUHAMMADANIL WASILATA WAL-FADHILAH. WAS-SYARAFA WADDARAJATAL-'ALIATAR RAFI'AH. WAB'ATH-HUL MAQAMAL MAHMUDAL LAZI WA'AD-TAHU INNAKA LATUKHLIFUL-MI'AD. RABBIGHFIRLI WALIWALIDAIYA 3X. WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SAGHIRA. WASALLALLAHU 'ALA SAIYIDINA MUHAMMADIW WA-A-LIHI WASAHBIHI WASALLAM. 

Wahai tuhan yang empunya seruan yang telah sempurna ini, dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi kepada junjungan kami NABI MUHAMMAD dan kehormatan dan pangkat yang menjulang tinggi. Dan bangkitkanlah untuknya kedudukan yang terpuji yang ENGKAU janjikan, sesungguhnya ENGKAU tidak mungkir janji. Wahai tuhan ampunilah aku dan ibu bapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana keduanya telah memelihara aku sewaktu kecil. Dan selamat serta sejahtera atas junjungan kami NABI MUHAMMAD dan keluarganya dan sahabat²nya.

Bacaan iqamat dalam bacaan rumi.

1)      ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
2)      ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
3)      ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
4)      HAIYA 'ALAS-SALAH.
5)      HAIYA 'ALAL-FALAH.
6)      QADQAMATIS-SALAH, QADQAMATIS SALAH.
7)      ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
8)      LA-ILAHA ILLALLAH.

1)      ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
2)      Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH.
3)      Aku menyaksikan bahawa NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH.
4)      Marilah sembahyang.
5)      Marilah kepada kemenangan.
6)      Sembahyang yang telah didirikan.
7)      ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
8)      Tiada tuhan melaikan ALLAH. 

Bacaan azan dalam bacaan rumi.

1)      ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.
2)      ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
3)      ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH, ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
4)      HAIYA 'ALAL-SALAH, HAIYA 'ALAL-SALAH.
5)      HAIYA 'ALAL-FALAH, HAIYA 'ALAL-FALAH.
6)      ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
7)      LA-ILAHA ILLALLAH....

ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH.
Aku menyaksikan bahawa NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH.
Marilah sembahyang.
Marilah kepada kemenangan.
ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
Tiada tuhan melainkan ALLAH.   

21 July, 2011

Doa Qunut (Permulaan Hari)


Bacaan Dalam Rumi
Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Maksudnya:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Doa Iftitah (Pembuka Solat)


Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya:

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Kasih yg Hadir,Jangan Dibiar Pergi..


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...


Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

18 July, 2011

Meruntun Kasih, Idaman Sekalian..


Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

07 July, 2011

Setiap manusia jodoh nya masing2 :)





Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 21 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.