Alkisah, kelihatan serombongan musafir sedang asyik merentasi perjalanan di sebuah padang pasir yang luas terbentang saujana mata memandang. Di tengah perjalanan, didapati bekalan yang di bawa mereka sudah kehabisan. Akhirnya mereka sepakat untuk singgah di sebuah kebun yang terletak di perkampungan yang berdekatan di situ. Tidak semena-menanya salah seorang dari rombongan musafir tadi sempat meminta izin kepada pemilik kebun yang sedang asyik membersihkan kebun tersebut agar diperbolehkan serombongan musafir tadi untuk memetik buah-buahan di sekelilingnya.
Pemilik kebun itu lantas bertanya,"Adakan tuan-tuan hamba semua mempunyai wang untuk membelinya?".Lalu segera dijawab salah seorang musafir tadi dengan nada merayu, "Tidak ada seorang pun dari kami yang mempunyai wang kerana telah dipakai untuk membeli bekalan makanan sebelum ini. Tolonglah kami Tuan Kebun, perjalanan kami masih jauh, bekalan kami sudah kehabisan, kami harap Tuan Kebun bermurah hati terhadap kami".
Setelah melihat keadaan mereka, akhirnya pemilik kebun merasa kesian. Ia berkata, "Baiklah, saya persilakan tuan-tuan hamba semua masuk ke kebun dan diperbolehkan memetik apa pun dan sebanyak mana pun yang tuan-tuan hamba inginkan, tetapi dengan satu syarat, saya hanya memberi tempoh 20 minit sahaja. Setelah 20 minit tuan-tuan hamba semua hendaklah keluar dari sini". Lantas mereka menyahut, "Baiklah Tuan Kebun dan kami semua berterima kasih atas kemurahan hati tuan".
Mereka yang berjumlah 40 orang musafir tadi pun bergegas memasuki kebun tersebut. Kebun tersebut begitu luas, indah dan bersih. Ada tempat duduk yang redup di payungi daun-daun yang segar lagi menghijau. Wanggian bunga-bunga yang sungguh menyenangkan di tambah udara yang segar di sekelilingnya. Terdapat pula mata air yang tak putus-putus mengalir air yang jernih dan bersih lagi menyegarkan. Apa lagi terdapat taman-taman yang indah dan penuh pesona serta segala keindahan yang mengoda pandangan mata.
Sebahagian mereka melepaskan lelah dengan menikmati indahnya kebun, sebahagian lagi tidur untuk melepaskan penat di bawah pohon, sebahagian yang lain segera menuju ke pohon-pohon untuk memetik buah-buahan di sekelilingnya. Mereka yang sedang memetik buah-buahan lalu berkata kepada teman-teman mereka," Wahai teman-teman, bukan saatnya kita bersantai, perjalanan kita masih sangat jauh, kita hanya diberi tempoh 20 minit sahaja di sini. Ayohlah semuanya bergegas dan memetik buah-buahan sesuai yang diperlukannya nanti!"
Sebahagian mereka insaf dan mula sedar dari lamunan setelah mendengar seruan itu lalu segera memetik buah-buahan di sekilingnya. Sebahagian lagi begitu leka dan asyik dalam bersantai-santai sambil bermain-main di situ. Waktu terus berjalan dan tidak terasa sudah mendekati tempoh 20 minit. Untunglah mereka yang terus menerus memetik buah-buahan sudah memenuhi kantong-kantong bekalan masing-masing. Sedangkan mereka yang masih santai dan main-main masih belum sempat memetik apa-apa pun. Manakala sebahagian yang insaf dan mula sedar dari lamunan tadi hanya sempat memetik 5 minit sahaja sebelum tamat tempoh 20 minit tersebut, sehingga mereka hanya mampu mengumpul sedikit bekalan di dalam kantong masing-masing.
Akhirnya ketika waktu telah sampai 20 minit, mahu tak mahu mereka terpaksa keluar dari situ. Sungguh beruntunglah mereka yang telah mengumpulkan banyak bekalan, dan sangat rugilah mereka yang menghabiskan waktunya untuk bersantai-santai dan bermain-main, sehingga menjadi cukup sengsara dalam perjalanan berikutnya. Mereka kehausan dan kelaparan di tengah padang pasir yang luas dan panas, sehingga sebahagian mereka menemui ajal.
Begitu perumpamaannya kehidupan yang kita jalani di dunia ini dengan kisah perjalanan serombongan musafir tadi. Sesungguhnya keberadaan kita di atas dunia hanyalah sesaat yang mempunyai tujuan yang mulia iaitu mengenal dan mengabdikan sepenuhnya kepada Allah SWT. Untunglah bagi mereka yang mengetahui dan sedar akan tujuan hidup ini, tidak akan terlena dengan kesenangan sesaat yang mempersonakan lagi memperdayakan. Mereka selalu menyibukkan diri dengan beramal saleh, membuat kerja-kerja dakwah, kerja-kerja kebajikan (sukarelawaan) dengan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran (tabah,tekun) sebagai bekalan mereka di akhirat nanti. Mereka rela meninggalkan kesenangan yang sesaat agar dapat meraih kenikmatan yang abadi. Mereka gunakan sesaat (umur) untuk pada jalan Allah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta kembali kepada Allah dengan hati yang salim, amal saleh yang berlimpah, dan iman yang tidak bercampur dengan syirik.
Tapi malangnya terlalu ramai manusia yang lupa, lalai, terlena dan bahkan telah mengabaikan tujuan ini, sehingga mereka itu terlalu sibuk sekali dengan dunia, lupa pada akhirat. Lupa pada suatu saat nanti mereka akan keluar dan meninggalkan dunia ini nanti. Kematian akan datang dengan tiba-tiba dan memisahkan mereka dengan segala kesenangan yang ada. Yang ketika itu tidak berguna lagi harta yang banyak, anak-anak yang menawan, isteri yang cantik, jawatan yang tinggi, populariti dan sebagainya. Mereka inilah termasuk golongan orang yang pemalas, suka bersantai, suka bersenang-senang, berangan-angan, lalai, gila populariti (bermuka-muka), menjadi budak nafsu dan pengikut setan.
Oleh yang demikian Allah SWT selaku pencipta kehidupan dunia ini telah memperjelaskan dalam Al-Quran tentang hakikat kehidupan dunia sebagaimana firman-Nya : "Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya yang mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menjadi kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan keampunan dari Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (QS Al-hadid {57}:20)
Selain itu Allah SWT juga berfirman " Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita,anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (surga)".(QS Al-Imran {3}:14)
Juga pada ayat yang lain Allah SWT berfirman : "Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurauan dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan,kalau mereka mengetahui". (QS Al-An-kabut {29}:64).
Begitu juga terdapat hadis-hadis nabi yang menceritakan perihal kehidupan dunia ini di antaranya :
Dari Anas ra.bahawasanya Nabi SAW bersabda :"Ya Allah tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat".(Muttafaq Alaih)
Dan juga dari Al-Mustawrid bin Syidad Rasulullah bersabda, "Tidaklah kehidupan dunia dibandingkan akhirat seperti seseorang memasukkan satu jarinya ke dalam samudra yang luas, maka lihatlah apa yang tersisa (setelah ia angkat jari itu)".(HR Muslim).
Sabda baginda lagi, "Dunia ini adalah penjara orang mukmin dan surga bagi orang kafir". (HR Muslim).
Kemudian sabda baginda kepada Ibnu Umar, "Hiduplah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang melalui sebatang jalan".(HR Bhukari).
Sesungguhnya terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah yang menerangkan hakikat kehidupan dunia dan bahawasanya kehidupan akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, yang di sana ada kenikmatan yang kekal dan kesengsaraan yang abadi. Waktu yang kita miliki di dunia ini hanyalah beberapa saat. Maka jadilah ia suatu ketaatan dalam beramal saleh, berdakwah ke jalan Allah dan membuat kerja-kerja kebajikan (sukarelawan) sebagai membawa bekalan untuk perjalanan yang lebih jauh lagi, kerana dalam perjalanan setelah kehidupan dunia nanti setiap orang akan bertanggungjawab untuk keselamatan dirinya. Bagi yang banyak membawa bekalan amal saleh ia akan selamat, ada pun mereka yang tidak ada bekal maka ia akan sengsara.Semoga Karya Seri Teladan Kreatif mampu menjadi renungan kita bersama,amin. Wassalam Warah Matullahi Barakatuh.

No comments:
Post a Comment