Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.: .
1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda:“Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim).
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa padahari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahunmelakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas).
3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.” (Hadis Sahih).
4. Sabda Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasatiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat danSabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberipahala seperti beribadat 900 tahun.” (Hadis Sahih).
5. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagisetahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim). .
6. Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim).
7. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)
No comments:
Post a Comment