"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

22 November, 2013

Pengertian Taubat


Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 
 
Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
1.       Orang yang mengerjakan dosa dan kemungkaran tidak sama sekali tertutup pintu untuk mereka memohon ampun dan maaf terhadap apa yang telah mereka kerjakan
2.       Allah menawarkan taubat kepada hambaNya yang bersalah kerana Allah mengetahui kelemahan mereka, sering dikuasai hawa nafsu, tewas dengan bisikan syaitan, hingga menyebabkan mereka melakukan dosa.
3.       Nasuha bermaksud terlepas daripada kepura-puraan, kepalsuan dan kedustaan
4.       Taubat Nasuha tidak seperti taubatnya para pendusta, yang bertaubat hanya pada lidah, tetapi hati masih tetap ingin mengerjakan kembali kederhakaan
5.       Rukun taubat ialah : Penyesalan, berazam untuk tidak mengulang lagi dosa, Memutuskan secara langsung dengan dosa yang pernah dilakukannya
6.       Penyesalan disertai dengan rasa kecewa, kesedihan dan kerugian yang menggigit hati, membakar diri apabila setiap kali dia teringat akan kesalahannya.
7.       Seseorang yang bertaubat tetapi tetap berada di antara satu dosa dengan dosa yang lain, dia masih cenderung untuk melakukan dosa. Maka dia mestilah bertekad untuk tidak mengulang lagi dosanya selepas bertaubat.
8.       Taubat juga peralihan daripada penderhakaan kepada ketaataan, daripada keburukan kepada kebaikan, peralihan dari jalan syaitan ke jalan Allah.
9.       Taubat yang tulen akan diikuti dengan peningkatan iman, seterusnya diikuti dengan melakukan amal-amal soleh.


No comments: