"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

29 July, 2011

Bacaan Doa Qunut dalam bacaan rumi.

ALLAHUM-MAHDINI FIMAN HADAIT. WA'AFINI FIMAN 'AFAIT. WATAWALLANI FIMAN TAWALLAIT. WABA-RIKLI FIMA A'TAIT. WAQINI SYARRAMA QADHAIT. FA-INNAKA TAQDHI, WALA YUQDHA 'ALAIK. WA-INNAHU LA-YADZILLU MAWWA-LAIT. WALA YA 'IZZU MAN 'A-DAIT. TABARAKTA RABBANA WATA 'ALAIT. FALAKAL-HAMDU 'ALA MA-QADHAIT. WA-ASTAGHFIRUKA WA-ATU-BU ILAIK. WASALLALLAHU 'ALA SAIYIDINA MUHAMMADININ-NABIYIL UMMIYI WA'ALA A-LIHI WASAHBIHI WASALLAM.

Hai tuhanku tunjukilah aku bersama orang yang telah ENGKAU tunjuki. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah ENGKAU afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah ENGKAU pimpin. Dan berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah ENGKAU berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan perkara-perkara yang telah ENGKAU qadhakkan (hukumkan). Maka bahawasanya ENGKAU yang menghukum bukannya ENGKAU yang dihukum. Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah ENGKAU pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang telah ENGKAU musuhi. Amat berkat ENGKAU hai tuhan kami dan maha tinggi ENGKAU. Maka bagi-MU puji di atas apa yang telah ENGKAU hukumkan. Dan minta ampun aku kepada ENGKAU dan taubat aku kepada ENGKAU. Dan ALLAH sejahterakan junjungan kami NABI MUHAMMAD yang ummiy (tidak tahu membaca) dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Bacaan tahiyat akhir dalam bacaan rumi.

ATTAHIYATUL MUBARAKATUS-SALAWATUT-TAIYIBATU LILLAH. ASSALAMU 'ALAIKA AIYUHAN NABIYU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. ASSALAMU 'ALAINA WA'ALA 'IBADILLAHIS-SALIHIN. ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH. WA ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. ALLAHUMMA SALLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA A-LI MUHAMMAD. KAMA SALLAITA 'ALA IBRAHIM WA 'ALA A-LI IBRAHIM. WABARIK 'ALA MUHAMMAD WA'ALA A-LI MUHAMMAD. KAMA BARAKTA 'ALA IBRAHIM WA 'ALA A-LI IBRAHIM. FIL 'A-LAMINA INNAKA HAMIDUMMAJID.

Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk ALLAH. Selamat sejahtera atasmu wahai NABI dan rahmat ALLAH dan keberkatan-NYA. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba ALLAH yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH. Dan aku mengaku bahawa NABI MUHAMMAD itu utusan ALLAH. Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan atas NABI MUHAMMAD dan ke atas keluarga NABI MUHAMMAD. Seperti yang ENGKAU telah anugerahkan kesejahteraan atas ibrahim dan keluarga ibrahim. Dan berkatilah NABI MUHAMMAD dan keluarga NABI MUHAMMAD. Seperti yang ENGKAU telah berkati ibrahim dan keluarga ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU maha terpuji lagi maha tinggi.

(sunat memandang jari telunjuk ketika lafas shahadah) 

Bacaan tahiyat awal dalam bacaan rumi.

ATTAHIYATUL MUBARAKATUS-SALAWATUT-TAIYIBATU LILLAH. ASSALAMU 'ALAIKA AIYUHAN NABIYU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. ASSALAMU 'ALAINA WA'ALA 'IBADILLAHIS-SALIHIN. ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH. WA ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. ALLAHUMMA SALLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA A-LI MUHAMMAD.

Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk ALLAH. Selamat sejahtera atasmu wahai NABI dan rahmat ALLAH dan keberkatan-NYA. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba ALLAH yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH. Dan aku mengaku bahawa NABI MUHAMMAD itu utusan ALLAH. Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan atas NABI MUHAMMAD dan ke atas keluarga NABI MUHAMMAD.

(sunat memandang jari telunjuk ketika lafas shahadah) 

Doa bacaan ketika duduk antara dua sujud dalam bacaan rumi.

RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNI WARFA'NI WARZUQNI WAHDINI WA'AFINI WA'FU 'ANNI.

Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Doa bacaan ketika sujud dalam bacaan rumi.

SUBHANA RABBIYAL A'LA WABIHAMDIH. 3X

Maha suci tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujian-NYA.
.

Doa bacaan ik'tidal dalam bacaan rumi.

SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH.

ALLAH mendengar akan orang yang memuji-NYA.

RABBANA LAKAL HAMDU.

Ya tuhan kami ! Bagi-MU segala pujian

Doa bacaan ketika ru'kuk dalam bacaan rumi.

SUBHANA RABBIYAL 'ADZIMI WABIHAMDIH. 3X

Maha suci tuhanku yang maha mulia dengan sifat kepujian-NYA.

Amalan yang perlu di tinggalkan


Amalan yang ampuh lagi berkesan...
Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Amalkan la..boleh bertukar rupa...

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada   Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan
dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.  Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..

Lafaz niat solat dalam bacaan rumi.

Solat zohor
Usalli fardhaz dzuhri arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu dzuhur empat raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

Solat Asar
Usalli fardhal 'asri arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu 'asar empat raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

Solat Maghrib 
Usalli fardhal maghribi thalatha raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

Solat Isyak
Usalli fardhal 'isya-i arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.


Solat Subuh 
Usalli fardhas subhi rak'ataini ada-an lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu subuh dua raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

Solat Juma'at
Usalli fardhal jumu'ati rak'ataini ada-an makmuman lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu juma'at dua raka'at tunai menjadi makmum kerana ALLAH ta'ala.


Solat Hari Raya Aidilfitri
Usalli sunnatan li 'idil-fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang sunat hari raya fitrah dua raka'at tunai menjadi makmum kerana ALLAH ta'ala.


Solat Hari Raya Korban
Usalli sunnatan li 'idil adh-ha rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang sunat hari raya kurban dua raka'at tunai menjadi makmum kerana ALLAH ta'ala.