"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

29 July, 2011

Lafaz niat solat dalam bacaan rumi.

Solat zohor
Usalli fardhaz dzuhri arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu dzuhur empat raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

Solat Asar
Usalli fardhal 'asri arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu 'asar empat raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

Solat Maghrib 
Usalli fardhal maghribi thalatha raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

Solat Isyak
Usalli fardhal 'isya-i arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.


Solat Subuh 
Usalli fardhas subhi rak'ataini ada-an lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu subuh dua raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

Solat Juma'at
Usalli fardhal jumu'ati rak'ataini ada-an makmuman lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu juma'at dua raka'at tunai menjadi makmum kerana ALLAH ta'ala.


Solat Hari Raya Aidilfitri
Usalli sunnatan li 'idil-fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang sunat hari raya fitrah dua raka'at tunai menjadi makmum kerana ALLAH ta'ala.


Solat Hari Raya Korban
Usalli sunnatan li 'idil adh-ha rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
ertinya : Sengaja aku sembahyang sunat hari raya kurban dua raka'at tunai menjadi makmum kerana ALLAH ta'ala.

No comments: