"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

18 December, 2012

Buat Bakal Imamku.


Aku mungkin degil, keras kepala, keras hati, manja, mengada, aku harap engkau bersabar dengan sikapku. Tabah lah membimbingku.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat



Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah



Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan



Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita



Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.



Insya Allah. Amin Amin. hanya ini mintaku.





Allah melihat apa yang kamu lakukan..

Jangan berhenti untuk bersabar.

Jangan berhenti untuk berdoa..

Langit tidak sentiasa gelap, pasti esok akan ada cerah nya..






" bila Allah letakkan titik noktah kepada sesuatu dalam kehidupan kita, redha kan. relakan. bisikkan pada hati, belum tiba masanya lagi dan Allah telah pun merencanakan sesuatu yang jauh lebih indah buat ku "

Evening Words..

'Real Love means helping each other to attain Jannah, Not holding each others hands walking towards The Hellfire'.




Differences in thought need to be discussed, not to be suppressed



Allah tak melihat rupa kamu, pakaian kamu, tetapi Allah melihat HATI kamu kerana itulah tempat paling rahsia diantara manusia.



Dambakan imam muda, didiklah diri menjadi makmum muda. Dambakan putera puteri agama, didiklah diri menjadi permaisuri agama.

Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.



'Ya Allah, cahaya kemerahan itu (pada matahari) menandakan siang akan menutupi tirainya. Malam akan menjelma. Engkau menjadikan malam itu ditemani kegelapan. Aku bermohon kepadaMu ya Allah, janganlah Engkau gelapkan hatiku sepertimana kegelapan pada malam, sehinggakan aku lalai dari mengingatiMu (bangun malam untuk beribadah)'.

Khutbah Terakhir Rasulullah Kekasih Allah

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Bicara Hati


" aku tidak mengimpikan yang sempurna, cukup lah yang lebih baik "

" jangan lafazkan setiap apa yang mampu membuat aku riak, takbur dan lalai. tengking lah aku itu lebih baik agar aku tidak terus dibawa dunia "






28 November, 2012

Sesutu yang mengenyangkan :))

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

10 September, 2012

Memotong Kuku




Mitos
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang
panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang
babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang
panjang....bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung
untuk kesemua babi-babi tersebut....potonglah kuku
anda.




The Truth
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau
pun hanya jari kelingking Bagi orang Islam adalah
tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan
sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian
dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan
tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai
anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab
diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari
emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah
santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll.
Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima
masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan
orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu
yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai
pekerja dan pemilik yang berkuku
panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak
cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan
mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek.

Insya-Allah.




And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis
kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu
E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun
kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh
itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan
kebersihan diri sendiri.

17 August, 2012

9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

01 August, 2012

KETIKA HATI SEORANG MUSLIMAH TERLUKA..


Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air mata nya dengan imannya
 
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-hari nya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesadarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jalan panjang didepan matanya tetap diharunginya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan luluh

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya
TETAP MENJADI MUSLIMAH…
TETAP MENJADI WANITA SOLEHAH…
TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT…
 TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG…

" Yaa Rabbi sudilah pandang daku ,Terangi jalan gelap ini, Jangan biarkan daku terus sendiri, Mencari mendaki jalan berduri… "

30 July, 2012

Why people had to leave?

The question was a personal, as for me it seemed that everything happen shall have meaning.
I was one to get attached.

Ever since I was a child, this temperament was clear. While other children in preschool could easily recover once their parents left, I could not. 

My tears, once set in motion, did not stop easily. As I grew up, I learned to become attached to everything around me. From the time I was in first grade, I needed a best friend. As I got older, any fall-out with a friend shattered me. I couldn’t let go of anything. 

People, places, events, moments even outcomes became objects of strong attachment. If things didn’t work out the way I wanted or imagined they should, I was devastated. And disappointment for me wasn’t an ordinary emotion. 

Once let down, I never fully recovered. I could never forget, and the break never ended. Like a glass vase that you place on the edge of a table, once broken, the pieces never been fit again..

I was dependent on my relationships to fulfill my needs. I allowed them to define my happiness or my sadness. I set myself up to be broken into pieces. 

And that’s exactly what I found: one disappointment, one break after another.
Our weight was only meant to be carried by God. We are told in the Quran: “…whoever rejects evil and believes in God hath grasped the most trustworthy hand-hold, that never breaks. And God hears and knows all things.” (Qur’an 2: 256)

I spent much of my own life: seeking a way to fill my inner void. It was a question about loss, about disappointment. It was a question about being let down. A question about seeking something and coming back empty handed.

We must also realize that nothing happens without a purpose.
Not even broken hearts.
Not even pain.
That broken heart and that pain are lessons and signs for us.
They are warnings that something is wrong. 
They are warnings that we need to make a change.

19 June, 2012

Relationship of Marriage and Abusing Wife in Islam


Islam constitutes rights for woman as it does for men. This fairness is clearly stated in the Qur’an al-karim.

(Surah Al-Baqarah Ayah 228) This glorious Ayah indicates that men are bound to rights and duties, which they have to give to woman, as woman are bound to rights and duties, which they have to give to men.
The husband is the leader of the household affairs and the only person held responsible for supporting his wife and children with adequate food, clothing and shelter, and for providing them with the security necessary in life.
The wife is not obligated to share in the financial support of the family or her self. By their characteristics, men are made to fit their position of authority and responsibility with the many characteristics that Allahu ta’ala the Creator has bestowed upon them.
In the noble principles of Islam, the wife is entitled to certain rights from her husband. This is indicated in Surat Al-Baqara, Ayah 233.
The first of these obligations is for the husband to give moderate financial support to his wife and dependants, from his lawfully earned income. This includes providing adequate food, clothing and a suitable home.
In his Hadith the prophet forbids the husband from abusing his wife in any way or form. For example hitting her on the face is forbidden.
The husband is not permitted to verbally abuse his wife in any way, such as swearing at her or her parents and kin, cursing her or them, or saying such words as ‘May Allah make repulsive’ and the like.




Tanggungjawab Isteri

  1.  Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".
  2. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di bulan ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki"
  3. Seorang perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka maka mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah tetap hidup di sisi Allah swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang itu?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"
  4. Wajib bagi seorang isteri
  5. Diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya semua burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan sentiasa dalam keredhaan suaminya. 
  6. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia.
  7. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan mohon kerelaannya. 
  8. A'isya r.a. berkata: "Wahai kaum wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang isteri akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan mukanya."
      Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali' maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya." 
  9. Nabi s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke atasnya."
  10. Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. 
  11. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya "Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari qiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)"
  12. Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah
    Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya. 
  13. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
    Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada sumainya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt kecuali bertaubat) 
  14. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
    Al-Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi s.a.w. "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." Maka baginda bersabda: " Andainya mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu dia (isteri) menjilatnya maka itupun belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap suaminya. 
  15. Sekiranya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, nescaya daku perintahkan para isteri sujud di kaki suami mereka". Berkatalah perempuan itu, " Demi Tuhan yang mengutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selama dunia ini masih ada." 
  16. Seorang isteri hendaklah menyedari bahwa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredhaannya adalah wajib. 
  17. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isteri. 
  18. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal agama serta kebajikan. 
  19. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
  20. Segala tingkah laku dan perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.                     
  21. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara sekalipun seperti dengan membaca serta mengikut majlis-majlis agama.             
  22. Demi cinta terhadap suaminya, seorang isteri akan melakukan khidmat dan bakti kepada suaminya dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya seperti mengerat kuku, memotong misai dan meminyakkan rambut suami.                   
  23. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah swt akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga."
  24. Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama ia berbuat demikian, selama itulah ia didoakan keampunan oleh para malaikat. Dikatakan sekiranya isteri membawakan air kepada suaminya dengan senyuman maka ia mendapat pahala amalan puasa sunat satu tahun. 
  25. Memasak mengikut kesukaan atau selera suami. 
  26. Menampal baju atau pakaian suami yang koyak.
  27. Siapkan barang-barang keperluannya seperti sikat, celak, miswak, cermin dan minyak wangi di dalam satu bekas (sunnah).
  28. Ikut kemahuan suami dalam masa bergurau senda, memicit, mengipas dan sebagainya.