"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

30 June, 2013

Happy Sunday People ♥♥

Love, Lia

11 June, 2013

Aku..

Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka...
Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka...
Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA ,tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya...

Aku..

Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka...
Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka...
Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA ,tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya...

06 June, 2013

Kelebihan Bulan Rejab

Antara kelebihan Bulan Rejab

1. Jawapan dari Ustaz Salman Maskuri : Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم
"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban."
Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban."
Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa."
(Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)
Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan rejab:-
- Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.- Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.
2. Daripada Uthman bin Hakim al ansari beliau (Uthman) pernah menanyakan Sa'id bin Jubair tentang puasa Rejab (pada bulan Rejab) dan kami ketika itu berada pada bulan rejab. Sa'id menjawab : "Aku mendengar Ibn Abbas berkata. "Adalah Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam berpuasa (Rejab) sehingga kami menyangka baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak berbuka (terus menerus berpuasa) dan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam berbuka sehingga tidak nampak berpuasa"Riwayat Muslim.
Lihat sahih Muslim Beirut : dar Ihya' Thuras al Arabi t.th 2/811
Imam Nawawi menyatakan : "Apa yang zahir dari ucapan Sa'id bin Juba'ir menjadi bukti bahawa tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana (semata) bulan berkenaan.
Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain. dan tidak ada larangan (yang thabit) untuk melakukan ibadat puasa di Bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa tersebut. 
(Lihat Syarh an Nawawi ala Shahih Muslim, Beirut: Dar Ihya' Thurathal arabi, 1392H, 8/38)al Imam al hafiz, Syaikh Ibn Rajab al Hanbali menyebutkan di dalam Latho'if al Ma'arif
"Dan adapun puasa (puasa Rejab) , maka tidak ada suatu khabar yang shahih tentang fadhilat puasa Rejab secara khusus dari Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam dan tidak juga dari para sahabat baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam. 
Akan tetapi diriwayatkan dari Abi Qilabah, dia berkata :
"Di dalam syurga ada mahligai untuk sesiapa yang berpuasa Rejab".
Imam al Baihaqi berkata : "Abi Qilabah adalah dari Kibar Tabi'ien (Tabi'ien terkemuka), dia tidak akan berkata seperti itu melainkan diambil daripada seseorang (iaitu para sahabat) yang perkataannya di ambil pula dari RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam.Sesungguhnya telah warid tentang puasa pada bulan-bulan Haram (termasuk Rejab) keseluruhannya dari hadith Mujibah al Bahiliyyah dari bapanya dan bapa saudaranya,
sesungguhnya Nabi berkata kepadanya :"Puasalah pada bulan-bulan Haram, dan tinggalkanlah." Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam mengucapkannya sebanyak tiga kali. Hadith ini ditakhrijkan oleh Abu Daud dan selainnya. Ibnu Majah mentakhrijkannya dengan lafaz di sisinya: "Puasalah pada bulan-bulan Haram".
Sesungguhnya setengah daripada para Salaf berpuasa sepenuh-penuh bulan-bulan Haram di antara mereka Ibn Umar, al Hasan al Bashri dan Abu Ishaq as Subaili. Sufyan At Thauri berkata: Bulan-bulan Haram, aku menyukai untuk berpuasa dalamnya"
Rujuk Latho'if al Ma'arif fi ma li Mawasim al 'Am min al Wazha'if, al Imam al Hafiz Zain Ad Din bin Rejab al Hanbali, ta'liq Muhammad al Iskandarani, Beirut: Dar al Kitab Al Arabi Cetakan Kedua, 1416H/1996M, ms. 120.

3. Jawapan Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre : Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."

02 June, 2013

Cuba untuk kelihatan kuat.

Pada hakikatnya, aku tidak selalu kuat. Aku cuma memilih tidak terlihat lemah dimata manusia.
Sedang dihadapan Tuhan,Tanpa segan silu, Aku mengaku bahawa aku sudah sangat tidak mampu.
Dengan linangan air mata,dan rintihan tanpa suara.dan sekiranya manusia tahu, apa yang aku lalui.maka mereka akan tertanya-tanya,bagaimana aku mampu..dan justeru mereka akan mengerti,mengapa aku begini.
Lalu, mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki.” 

01 June, 2013

Begitu indah masa laluku. .

Tiada tetesan air mata
Ku rasa kini kering sudah
Meratapi masa laluku
Yang tak berpihak kepadaku

Kini engkau ada dimana
Ku tak tahu apa kabarmu
Mungkinkah nanti ku temui
Dirimu yang aku cintai

Tertulis kisah cerita kita
Begitu indah masa laluku
Dia menangis di pelukanku
Lalu berkata “pertahankan aku”
Dimana kini masa laluku

Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku
(Tertulis kisah cerita kita
Begitu indah masa laluku
Dia menangis di pelukanku
Lalu berkata “pertahankan aku”)

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

Sebagai pelengkap uuh uuh cerita hidupku