"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

01 February, 2012

Surah An-Nas

Surah An-Nas (سورة الناس) adalah surah ke 114 dan merupakan surah terakhir dari Al-Quran. Ia adalah doa 6 ayat ringkas, meminta kepada Allah untuk perlindungan dari Syaitan. Ia adalah surah Makkiyah.
Ia dan Surah Al-Falaq adalah bersama diistilahkan mu'awwidhatayn; diperlakukan dengan kasarnya tema yang sama, mereka membentuk pasangan semulajadi. Terdapat tradisi Sunnah dalam membacanya ke atas yang sakit atau sebelum tidur.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Qul a'udhu bi Rabbi-n-nas
Maliki-n-nas
Ilahi-n-nas
Min-sharri-l-waswasi-l-khannas
Alladhi yuwaswisu fi suduri-n-nas
Min al-jinnati wa-n-nas

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
  2. Yang Menguasai sekalian manusia.
  3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
  4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
  5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
  6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.





Surah Al-Ikhlas

Surah ini meringkaskan dalam empat ayat tentang keilahian dan keesaan Tuhan (Allah).
Surat Ikhlas dikenali sebagai Surah Pelindung.


Tulisan, transliterasi & terjemahan bahasa Arab
Bahasa Arab:
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١
اللَّهُ الصَّمَدُ ٢
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤

Transliterasi:
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
  1. Qul huwa Allahu ahad
  2. Allahus-samad
  3. Lam yalid walam yulad
  4. Walam yakun lahu kufuwan ahad

Terjemahan:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

31 January, 2012

Please, don't remind me.

its been a long time, its been a while...
you have your life and i have mine now. but whatever happened is still fresh here *pointing to the heart* and the wound never really went away. i am happy now, i can't be thankful enough with what i have now, and i am just so comfortable of what we have now, even though whenever you get into contact, i feel something. not like i used to feel, but something else. a normal feeling between friends, which i am really positive of.
But let me tell you again, the scar is still there, which means that the wound never really went away. so why suddenly out of no where, you come again and add salt to that wound?
honestly, i had never regretted what we had. never. you said so too. but now, why suddenly you say the things that showed regret? i am not angry, no i'm not. but i am disappointed. disappointed because you acted that way. please, don't remind me of things that i don't want to remember. i have had enough last time, and i don't want to feel that pain anymore. i know you'll be reading this, so please. know your limits if you still want this friendship.


p/s: don't make me cry again after all these years.
i have Shafiq now, he lighted my days. blew a happiness to my day..that are more than enough...

10 January, 2012

InshaAllah


Jika kita sedaya upaya menjaga hati insan lain dari terluka, insyaAllah ALLAH akan pelihara hati kita agar merasa nikmat bahagianya memelihara hati insan lain.
percayalah janji Allah.

Carilah ketenangan dengan sebaik mungkin..
Peliharalah hati dengan sesempurna mungkin, Inshallah Allah akan sentiasa menjaga kita.
Muhasabah diri setiap masa, Ingat janji Allah itu pasti..
Saban hari, itu saja yg mampu dibekalkan pada hati..
Kesabaran pasti berbalas, Inshallah..

ALLAH sedang mengujimu.
selama ni kamu lalai melebihkan masa untukNya, dan ALLAH memberimu segala ujian ini untuk kau tidak terus leka.
Bila Hati penuh perasangka,lekas lah bersolat,
Bila ada yg menoreh luka di hati, cepat2 lah ubati agar tidak kelamaan dalam sakit.



Menangis.


I love walking in the rain, because when i cry, nobody can see it.

06 January, 2012

Isteri


Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.
Cantik warnanya, harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya,
sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka.
Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.



Ketenangan Hati



Firman Allah:
“Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya.” (Asy – Syams: 9)

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang.” (Al –
Ala: 14 – 15)
“Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat.” (Asy – Syuara: 88-89)



Wanita dan Air Mata



‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)

Sabda Rasulullah s.a.w.:
 “Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”
 Nabi Muhammad bersabda lagi : ”Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”

Nabi Muhammad bersabda :
“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Seorang Hukama pernah bersyair :
“Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. “

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”

“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka bersikaplah  para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)











05 January, 2012

Sendiri

Kadangkala, bersifat neutral, lurus, dan tidak mempunyai perasaan itu menyakitkan.
Kadangkala sesuatu yg bersifat samar dan tidak pasti itu mungkin da kebenaran nya, tapi diakhir cerita.
Kadangkala bersifat mendiamkan diri itu lebih punya seribu kebaikan.
Kadangkala setiapa apa yang berlaku buat kita kelu, tak mampu untuk berkongsi atau meluahkan, dan Allah saja jadi peneman.Menyerahkan segala pada Allah itu terkadang lebih baik, Menangis kepada Alah itu tekadang lebih menyedarkan diri ini bahawa Dia yg menentukan segala nya...

Erti sebuah Kehidupan


BERSABAR | BERSYUKUR
two is better than one



"Dugaan itu terkadang tercipta keindahan" - Imam Muda Asyraf

Setiap yang berlaku dalam kehidupan ni pasti ada hikmah, dan aku, redha dengan apa yg berlaku.Bukan redha beerti aku hanya berlapang dada, redha itu terlalu subjektif dan terkadang redha itu lebih baik.Menyerah dan Redha adalah dua ayat yg sangat berbeza.