"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

24 November, 2013

Aku menerima mu Lillahitaala

Perjalanan ini terlalu panjang jika hendak di hitung jauhnya ia berjalan, berat di tanggung segala jawapan, ada yang masih berpegangan tangan namun ada yang kasih terputus kerana hilang kepercayaan.

Disana lah kitta kenal erti kawan, siapa persinggahan.
Tiada siapa kan fahami kecuali mereka melalui jalan ini.
Jalan yang tiada siapa pun tahu jalan pulang.
Jalan yang memperjudikan sebuah janji dan kehidupan,
Jalan yang menetapakn di mana darjat dan kita selepas ini.
Jalan yang entah membuka entahkan menutup pintu mata hati.
Jalan yang tidak akan punya penghujung selagi kita yakin.
Jalan yang tidak punya simpang dan jika ada, ianya tidak pasti..

Susah? Payah?
Mungkin bagi yang tidak faham akan erti perkahwinan akan menangis melutut bagai esok tiada harapan..
Tetapi bagi yang percaya. Mereka akan kata 'aku lakukan ini Lillahitaala'
Aku menerima cinta Mu wahai pengunjung hati Lillahitaala.

Hubungan yang bakal terbina,
Berkat doa ibu bapaku.
Berkat doa ibu bapamu,
Bekat doa kita.

Allahuakhbar.

No comments: