"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

23 November, 2013

SEBELUM TIDUR

...Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, Iaitu :
1. Sebelum mengkhatamkan Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah….“
 
Bertanya Aisyah :“Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.Bismillaahirrahman irrahiim, Qulhuallahu ahad’ Allahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3 x)Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allahumma salli ‘alaa saidina Muhammad wa’ala ali saidinaa Muhammad ( 3 x )Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu.Astaghfirullahal azim allazi laa Ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu Allahu akbar(3 x )SEBELUM TIDUR

No comments: