"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Inilah gaya aku menulis tentang hidup, menulis bukan kerna nama, tapi kerna rasa.

02 August, 2011

Ingat Pada Allah itu Ibadat

Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia menandakan seseorang hamba itu benar-benar berhati hamba. Hamba yg tak punya apa-apa. yg sewaktu datang ke dunia, tak membawa walau seurat benang di tubuh. justeru hati sentiasa ingat kpd Yang Maha Pencipta, 
sentiasa mengharap bantuanNya dan sentiasa bergantung kepadaNya. 
mengingatiNya menimbulkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaanNya.

Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah hadith Qudsi yg bermaksud;

"Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kapadaKu, maka pergilah ke mana saja yg engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu, sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah yg memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dgn baik, sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila aku lahirkan engkau ke alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yg berbuat baik kepadamu."

No comments: